hye saya intan dayana, terima kasih kerana singgah di blog saya :)

Thursday, November 10, 2011

puding karamel tanpa telur ♥

Bismillah..

Puding karamel tanpa telur? oke selalunya kita dengar puding karamel yang guna telur kan? yang tu leceh sikit nak buat..plus rasa telur dia yang melampau. dah cuba..tapi x minat sangat.. then kita pun GOOGLE lah..

puding karamel tanpa telur ni sedap. sedap di makan masa sejuk sejuk. masa raya haji buat.. tak sempat nak hidangkan dekat tetamu.. habis kami makan. ;p
Fethi nak resepi ni.. and kpd sape sape yang nak..boleh ambil ^____^

Bahan-bahan

Bahan A : untuk karamel

2 senduk gula
1/2 cawan air

Bahan B : untuk puding 

1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air (ataupun 1000 ml / 1200 ml) takut puding keras..kita x boleh predict.. ;D
2 1/2 senduk gula

Bahan C : untuk puding juga ^____^

1 tin susu cair 
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
(Bahan-bahan C dicampur sebati)

Cara-cara:

1. hanguskan gula (Bahan A) .. bila dah colour keemasan.. tuang air perlahan-lahan, sebab takut terkena tangan (hati-hati) ..lepas tuang air ni, gula tu akan mengeras.biarkan sampai gula cair tapi jangan sampai hangus. dah siap ketepikan dan tuang dalam acuan. biarkan keras sebentar.

2. Didihkan Bahan B dalam periuk, kecilkan api. kemudian, masukkan bahan C dan kacau rata sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Matikan api dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi karamel tadi.

3. Sejukkan sebentar di atas meja, sebelum di sejukkan di dalm peti ais.. (nanti rosak pula peti ais korang ) ;p

4. hidangkan bersama extra karamel

*extra karamel ni..buat macam bahan A.. tenkiu 

ni lah hasilnya :

sebelum tuang extra karamel..

splendid flan! after dah tuang extra karamel..yummyy ^__^


sebarang kemusykilan dan masalah boleh lah tanya..


SEKIAN..