Assalamualaikum...
Lama dah x update blog..mmg lama sangat la. Busy + xde mood = blog x siap la jwbnya.. -____-" actually, I'm in trouble right now.. please help me. I feel like I'm dying slowly! btw,thanks to Sharifah Awatif cause bg semangat, nasihat..kita x boleh nak luah depan-depan.hanya coretan yang dapat membantu.hurmm...kita memang suka berkawan.kita memang ramai kawan.kita sayang kawan kawan kita.tapi bila ada orang yg cuba ambil kesempatan dari kita..kita x boleh terima. dari zaman sekolah dulu sampai la dah masuk U ni.. still ada orang yg cuba amik kesempatan.sedih la!yess I can easily forgive that person..but it too hard to throw away the memory. kalau korang kt tempat kita apa yang korang rasa bila orang yang kita sayang dan hormat selama ni jadikan korang macam hamba, bila minta tolong tiada ucapan terima kasih daripadanya, dan akhirnya bila pertolongan yang diberi ikhlas dari hati tidak dihargai LANGSUNG.apa yang korang rasa?marah,geram,sedih,terkejut cause tak sangka perangai dia macam ni. itu lah apa yang kita rasa.kita cerita mengikut kesabaran kita sebagai hambaNya yang biasa ye... :
- Kesabaran di tahap cemerlang
Dulu kami memang rapat.kami dah 3 sem bersama.kita anggap dia sebagai akak sebab dia lagi tua dari kita.actually kita lagi rapat dengan bekas roomate kitorang masa sem 1..Siti Aisyah..kami memang rapat. sebab katil sebelah je. lepas tu birthday kami dekat sangat.. kita 26/10 dia 25/10.. ^___^ okey..enough..berbalik kepada cerita asal...kita dan akak ni rapat time akhir sem 1 and sem 2 sebab kami roomate..now sem 3..kami sebagai housemate pula.yess kita yang ajak dia tinggal sekali dengan kita.kita ajak dia masuk kelas sekali dengan kita..sebab kita fikirkan dia..dia xde kawan sangat.dia selalu sesorang.ingatkan xde apa apa la kan.actually, dari sem 2 dulu kami asyik bergaduh.selalunya dia yang mulakan dulu. dia bad mood, dia salahkan kita la.tapi x pe la..time tu xde rasa apa apa lagi. tapi bila naik sem 3..ingat lagi masa tu, kita balik awal. abg kita hanta kereta sekali.then malam tu kita hanta abg kita naik bus.kita memang x sempat nak rehat.esoknya lagilah busy..dengan pendaftaran U n NR..plus nak uruskan rumah sewa lagi (1st time masa tu) ..oke dia cakap amik dia.kita tanya pukul berapa sampai..then dia cakap xdapat agak..sbab jem la..bus lambat la..n so on.oke xpela..kita pun uruskan yang lain2 dulu..petang tu dia sampai..petang tu juga kami busy uruskan pendaftaran.kami daftar agak lewat ye sbab tunggu dia..ingatkan nak daftar sama sama.tp x boleh.tengah sibuk2 daftar dia suruh amik kt station bus.oke dengan keadaan penat kita pun drive nak amik dia..plus jalan jem petang tu..memang lagi lambat lah jawabnya.sampai-sampai je tengok dia tengah tunggu.then call dia ckap dah sampai.bila dia masuk kereta kita nak tegur la macam biasa.tapi dia pintas dulu. dengan mata merah, muka macam tahan marah.suara dah bergetar dia cakap cam ni "I orang paling lama tunggu dekat situ" ..oke..kita yang tgh nk mulakan mood ,terus merundum mood tu. kita penat tau..lagi penat dari dia.malas nak layan.bagi dia cool dulu.sampai rumah.kita minta maaf la.tapi tu pun nak tak nak je..ucap terima kasih pun x..haisyyhh sabar je la dengan akak sorang ni.lepastu cakap kita berubah sejak ada kereta..what the hell?kita macam biasa je kot..orang lain xde pun cakap macam tu..haiyhh -___-" bersabar lagi..
- Kesabaran mula menjunam!
Start masuk kelas dah. kami ada beberapa kelas je yang sama.oke..bermula lah episod suka lagi duka. kita sama lab dengan dia. 1st lab dia dah wat hal sebenarnya. hati kecil berkata "eh, kenapa dia x bangun dari kerusi tu?x pegi amik probes ke?"..tunggu dulu..mana tahu kejap lagi dia bangun..oke! x bangun! dia tunggu kita amik probes.dia tunggu kat meja sambil goyang kaki. hambbooii! (hangin ni) tapi x pe..sebab kesabaran masih di level cemerlang lagi gemilang dan terbilang ni! sampai habis experiment pun kita yang buat. kesabaran mula menurun. but a little bit only. maybe 2% kot.
Next exp, the same thing happened again! kita memang dijadikan kuli kot.eventhough this week kami bersama partner lelaki. tapi kita dapat rasa yang kita je kena amik probes.dia x.dia cuma tahu arahkan je.hurm..kesabaran berkurang lagi. :( lagi berkurang bila semua exp dia x buat lab report sangat..dia salahkan kita lagi adalah..kita bukan x panggil dia buat sama-sama.tapi dia asyik terperap je dalam bilik.kat luar (ruang tamu) ni pun bukannya dia selalu jejak.katanya, surrounding x berapa bagus sebab kita dan kawan yang lain belajar sambil bergelak ketawa.huh..orang lain tau mesti kecil hati! plus rumah ni dah bau sampah..derr, kalau kau x tolong buang sampah..memang macam ni la jadinya. pandai cakap tapi x reti nak buang.sampah kau pun ada..oke?kalau buang sampah pun aku yang mulakan dulu..aku ajak dia buang.sebab sampah banyak o berat. tapi bila kami bergaduh (salah faham sedikit) dia cakap lain.dia yang buang sampah banyak dari aku?aikk?hurm..next next exp dengan kawan ku bukan kawan dia pada azalinya.kita mengadu dekat dia ni. yang si akak ni tak buat kerja.then xpe la..dia pun judge time dia bersama kitorang.yess dia pun cakap benda yang sama.si akak ni memang x buat kerja! 2 kali ye exp kitorng bertiga.tapi dia tetap x buat kerja.bila suruh buat.cakap x reti.haiyhh..belajar lah!
*aku admit yang aku geram pasal ruma tu.sebab pada awalnya, aku yang kemas rumah sesorang.aku mengeluh pun dekat roomate je.then one day, aku hantar msg dekat roomate.aku luahkan.tapi masa tu mereka salah tafsir..plus mereka geram la kot.tapi aku lagi geram.heh..mereka pun pergi tanya semua housemate kami.ada dapat msg tu ke x?then si akak ni pun cakap lah ada.sampai dia cakap aku ungkit?hello..x ungkit pun my dear sis.mereka berkumpul dekat bilik hujung.masa tu aku xde..so, berdasarkan cerita dari roomate tercinta, si akak cerita kt dorang $%^&$$#^^&^8! aku terkejut.cerita tu x betul!dia tambah tambah.canang keburukan aku?ish3..sabar LULU. sebenarnya, msg yg aku hanta dekat dia tu memang tak related langsung dengan msg yang aku hanta dekat roomate aku tu..menyebok je! aku hanta through FB je..aku hanta pendek je kot..haaa naahh laa..balas bukan main panjang.ungkit macam macam.aku menangis malam tu. sampai lah AWATIF datang.aku cerita semua dekat dia.dia pujuk aku. thanks yaa!hang la sahabat terbaik.
- Kesabaran nyawa-nyawa ikan!
peristiwa msg tu menyebabkan kami bergaduh.dengan si akak ni je lah..dengan roomate x..dah berapa lama xbertegur..dia nak wat perjanjia damai.sempena bulan Syaaban.oke..aku terima..aku memang senang maafkan orang.tapi memory tu lambat sikit nak padam.aku memang nak tegur dia..dan lepastu kitorang x bertegur lagi..aku mengalah..aku g tegur dia..aku minta maaf dekat dia..then, kami berbaik..
Kami dah normal!sampai la cuti mid-sem..aku sampai pagi isnin..cuti mid sem dah habis! :( si akak demam..petang tu, dia cakap mak dia nak cakap dengan aku..oke..cakap punya cakap.mak dia minta tolong hanta pegi hosp..oke aku bukan orang penang.aku x tau..xpelah.kami akan hanta..tapi kami bagi dia lawan panas tu dulu.dia pula macam nak tak nak je lawan..mana lah nak sakit!orang suruh pakai stokin..xlama lepastu buka..panas katanya..memang lah!nak bagi hilang sejuk kan..suruh minum air..sikit je..lagi lah..badan kurang air..memang panas lah.oke tak pe..x lama lepastu,dia cakap mak dia suruh hanta g hosp..oke aku pun hanta dengan pertolongan Syamil Said..nak maghrib dah msa tu.kitorang pegi lah hanta dia..lepastu merungut lagi..kenapa xhanta sampai depan dekat tmpat kecemasan?kitorang baru lagi sampai sini kak..x brani la..larat je jalan aku tengok..haiyhh..oke..jumpa doktor..suhu agak panas katanya..then nak g amik ubat..dia tanya..kalau suhu tinggi x lh masuk wad ke?aku x tahu..dia memang nak sngat masuk hospital rasanya..sampai kitorang g cari nurse..yey jumpa..nurse tu g jumpa doktor..then nurse suruh ikut..dia kena masuk air je..lama kami tunggu.sampai 12 lebih..kesian syamil yang tertidur dalam kereta.lepas tu, dalam perjalanan nak ke kereta, aku tanya dia..part dia for lab dah siap?dia cakap x..dengan ihsan..aku volunteer buatkan part dia..dia x cakap pape pun..mean dia setuju.aku nak suruh dia rehat..kami bersengkang mata buat lab report tu..tp apa dia buat? online FB..huhh..larat pula ye?menyesal aku amik part dia..bukan nak rehat ke apa..hari rabu pagi dia balik rumah..malam tu aku minta dekat dia nak format assgnmnt CTU..nak buat ni..dia x minta pun part dia..kalau kau bertanggungjawab sangat..mesti kau minta dari kami..takkan kami nak layan kau macam princess..tuanku..buat yang ni yang ni n yang ni..haiyhh..kami terasa macam kuli dia sangat-sangat..semua benda kami buat..sampai lah satu hari tu..dia balas status aku kt FB..ayat dia..menyakitkan hati..kami perang dingin lagi..dia salahkan kami..
- Kesabaran dah meletus..lava-lava dah terkeluar!
sesungguhnya..aku hanyalah insan biasa tidak sempurna segala-galanya.aku selalu buat salah..aku bukan lah Nabi.kesabaran ku terbatas dek kerana messge yang di hanta kepada kami..Anisah berbalas msg dengan dia..ayat dia kurang ajar rasanya..dia cakap kitorang kurang ajar?Melayu ke macam ni?bla bla bla..memang sapa yang baca akan tergamam gila..aku pun balas mesej tu..terpaksa ungkit macam2 bila dia dah ungkit dulu..sorry..plus, surat dia bg..aku balas juga..surat yang agak buat orang terkejut sebenarnya..cakap kt orang lain..cakap dkt aku lain..masyaAllah.tuduh roomate aku bawak cerita and jadi dalang dalam pergaduhan kami. aku dah nak berdamai..tapi dia xnk..dia yang putuskan silaturahim antara kami..macam x kenal aku sapa?aku cepat maafkan orang..walaupun orang tu buat aku jahat macam mana sekalipun..
lastly, salah kita ke?orang mungkin nampak dekat FB ayat dia power power..macam diri dia yang jadi mangsa..padahal mangsa keadaan tu kita : INTAN DAYANA.. terpulanglah kat orang lain nak judge macam mana..kita memang nak berdamai dengan dia..nak tegur dia macam selalu.kita dah cakap dengan dia nak buat round table..nampak sangat dia salah..sbab dia x nak..alasan dia dah maafkan semua orang.dia xnk buka aib orang.rasanya bukan x nak buka aib orang..dia takut aib sendiri yang terbuka..tapi round table yang kita nak buat ni bukan nak tuduh sesiapa pun..kita nak discuss about the problems and how to overcome..and kita just nak tau sape salah sape betul..thats all!kita decide nk pindah rumah..sebab orang lain boleh bersatu tanpa kita.. ;D bila kita xada orang lain boleh duduk semeja dengan dia..dengan kita?x..hanya bertiga..dengan roomate sahaja..oke..enough for today..assalamualaikum